Friday, December 31, 2004

Topan!!

3.00 pm

Sejak tadi awan mendung je..Sekali sekala dengar bunyi guruh.Angin kuat bukan lagi sepoi-sepoi bahasa.Kalau sesiapa yang berat 20kg ke bawah mau nya terbang.

Tiba-tiba je langit jadi gelap,hujan dah mula turun.Tapi kali ni tak main la renyai-renyai.Ditambah pula dengan angin kuat,jadi hujan turun menyerong,lebat sangat..aku terasa takut plak sejak tsunami melanda ni.Aku cari kucing-kucing aku,tak ramai yang ada bawah porch kereta.Yang ada pon bulu dah basah macam kena campak masuk longkang je.Yang ada dalam rumah plak sedap tido..2 biji pasu bunga aku tumbang kena tiup angin,bayangkan betapa kuatnya angin tu.

Aku check post box..Gila check post box hujan lebat macam ni,tadi aku terlupa,tertido plak.Tak jauh mana pon post box tu,tapi masa tu pon aku dah basah lenjun.Sabar je la..

Hari ni banyak tempat mengadakan bacaan yassin.Lagi bagus dari mengadakan konsert menyambut tahun baru.Bukan apa,tatkala ramai orang meratapi kehilangan orang tersayang,kita plak nak bergembira.Macam tak elok la..

Ni je la yang mampu aku buat sejak 4 hari ni,melaporkan kejadian tsunami.hehe...Bosan la bila tak ada kawan nak bersembang..

SELAMAT TAHUN BARU 2005!!!

Azam baru,buku baru..matlamat baru dan usia baru..

chubbychan menyampuk lagi : bored to death..help!!


Thursday, December 30, 2004

Selamatkan Mereka..

Sedih apabila disogokkan dengan cerita yang baru melanda..TSUNAMI.Di Malaysia sahaja hampir 60 mangsa dan ada yang masih hilang.Ada sebuah keluarga kehilangan 5 anggota keluarga apabila ombak tsunami memukul dan menarik mereka ke laut...Rebah sang ayah mengenangkan kehilangan yang amat besar itu.Tiada lagi titik air mata ibu...

Membaca berita tak kira utusan malaysia,berita harian mahu pon metro terpampang jumlah bilangan mangsa terbaru tsunami.Gambar hari ni pula sebuah jentolak menolak mayat-mayat yang sudah kembung dan busuk ke dalam sebuah lubang..Bayangkan.. 2000 di dalam satu liang kubur..Tanpa dimandi dan dikapankan,tanpa diberi penghormatan terakhir.Aku agak keluarga mangsa sendiri tidak sedar ahli keluarga mereka diperlakukan begitu.Apakan daya,bilangan yang hendak diuruskan terlalu ramai,bagaimana pula hendak menguruskan mayat yang sudah kembung dan busuk..Bukan satu atau dua,beratus-ratus malah beribu-ribu.Ditambah dengan keadaan tanah yang lecak dan begitu banyak kerosakan berlaku.Sungguh menyayat hati.

Kedudukan tempat aku,Sitiawan juga tidak terkecuali.Aku baca metro semalam dan terkejut apabila Sitiawan dikatakan berpotensi mengalami gegaran dari Acheh itu.Tronoh,Lumut juga disenaraikan..Tapi aku tak hairan,kedudukan Lumut dan Sitiawan adalah hampir dengan laut,tak kurang dari seribu kilometer dari kedudukan Indonesia.Tahun 1996 menyaksikan Sitiawan pernah menerima gegaran,mungkin aku tak perasan....Abah aku kata,kedai tepi laut tempat kami selalu menjamu selera juga tidak terlepas dari terkena tempias tsunami,kerusi,meja habis dihanyutkan...

Ujian....

------------------------------------------------------------------------------------------------

hari ni tunggu pakcik posmen lagi,entah kenapa bayangnya tak nampak,tahu-tahu surat dah ada dalam post box.Malang sekali,tiada parcel (ye ke dia hantar parcel?) atau surat tawaran dari U untuk saya...Bosannya terpaksa menunggu hari esok.Entah-entah esok pon sama juga....Rasa nak menurut langkah ke post office menunggu atau menongkat dagu melihat pakcik mengasingkan surat..ahaks!

Hari baik juga untuk saya...dapat sehelai baju pemberian keluarga jiran..Arigato!

Dan tadi saye menggodek-godek handphone,terasa ingin mengaktifkan GPRS.Dari dulu tak pandai-pandai..Berbekalkan brochure dan pamphelet maxis (aktifkan dirimu....!)saya berjaya memuat turun game kesukaan saya,Bejeweled terus ke handphone,tak payah nak harapkan msn (#%$#%$^#@#@!!!!) tu lagi...naik menyampah saya..

Harapan saya adalah menerima sms dari si dia yang sedang bercuti...dah 2 hari dia membisu,agaknya terlampau seronok sampai terlupakan saya kot..ataupon handphonenya tidak dapat roaming..Wallahualam...Oleh itu,saya menggunakan kredit (in terms of membazir tu) bagi mendapatkan game kesukaan saya...

Okay tak kalau gantikan 'aku' dengan 'saya'..Rasa lebih selesa menulis blog macam ni,lain la kalau bersembang dengan kawan-kawan..apa pon..orang berbudi kita berbahasa,orang memaki jangan pulak kita buat dosa..ekekek...

chubbychan menyampuk lagi : hhuuuuaaarrrgghhh....nantuk!eh lupa..tahniah the incredibles!!semoga kita berjaya membelasah indonesia lagi di sini!!

Tuesday, December 28, 2004

2 Minggu

Semalam dia dah bertolak...Bercuti selama 2 minggu.Aku pulak yang rasa sedih.Bukannya dia pergi berperang.Entah...Hari pertama yang sangat membosankan.Dah rasa rindu!!!

Aku tunggu pakcik posmen..Dia kata ada hantar sesuatu untuk aku..Ubat rindu 2 minggu..huhu..Mana pakcik posmen ni???

Hmm..aku tunggu pakcik posmen gak..Kononnya aku dah ditawarkan masuk UNITAR..Tu pon aku dapat tahu melalui online.Entah betul entahkan tidak..

Mmm..Pakcik posmen...ooo pakcik posmen..Nampaknya aku dating dengan pakcik posmen la...Jangan marah wak..

chubbychan menulis : 2 minggu je...tapi...

Tuesday, December 21, 2004

Temperature..

an evening in paritt..... Posted by Hello
Temperature di luar : 24 degrees
Temperature hatiku : priceless...muahahah
Saje je aku mengarut..Cuaca di luar sekarang sejuk..Mesti tidur aku lena malam ni.Kat atas tu adalah antara gambar yang paling aku suka.Macam abstrak sikit.Cuba teka orang yang menjual gambar tu bangsa apa??
Answer : Bangsa India...
Aku terkejut mulanya,masa aku ambil gambar ni aku khusyuk tengok dia menyusun gambar-gambar tu untuk dijual.Aku ingat dia orang Perancis,rupanya orang india.Boleh cakap Melayu pulak tu.Dia kata dia pernah kerja di Malaysia selama beberapa tahun sebelum berhijrah pulak ke Paris.Bukan setakat jual gambar je,mereka jual keychain,dan air mineral untuk pelancong dalam bas.Dan jangan terkejut kalau aku katakan sebotol mineral water di sana berharga 1 euro (=RM4.50),itu pon yang 250ml je.Maknanya bukan Malaysia je yang menghadapi masalah kenaikan harga mineral water.
Nak naik ke Eiffel Tower tu pon bukannya murah.Satu trip 10 euro.Tu pon bukannya sampai ke atas.Kalau nak naik paling atas mungkin panjat tangga.Aku bab-bab panjat tangga ni gayat sikit.Lagipon peruntukan untuk itu tak ada,baik aku beli souvenir untuk di bawa pulang.
chubbychan menyampuk lagi :Paris kota romantik....memang betul pon..

Tuesday, December 14, 2004

The Incredibles...

Peringatan:
Entry ini bukanlah mengenai filem the incredibles lakonan katun-katun..

Aku tengok siaran langsung Piala Tiger, Malaysia vs Thailand.Mula-mula aku macam nak tak nak tengok sebab aku takut menerima kekalahan.

Aku : Abah hari ni ade mesia lawan thailand
Abah : Tak payah tengok la,buat kalah je nanti.
Aku : Ish, kene gak support mane la tau menang plak nanti.

Abah : (buat muka cebik).

Tapi aku tak terus buka tv.Aku tengok cerita lain dulu.30 minit sebelum habis aku alih channel bola.Aku tak nampak score,tapi aku nampak kesungguhan pemain-pemain kita.Ada kalanya aku cemuh gak depa ni,bukan apa kadang-kadang main macam apa je.

Minit ke 62 gol pertama Malaysia telah diperoleh melalui pemain Perak yang berpaling tadah (a.k.a tak guna tak kenang negeri sendiri), Khalid Jamlus.Hahaha...Walaupon aku dah sumpah seranah dia tapi dalam hati bangga sebab ada pemain negeri aku dalam team negara..Baru aku tahu masa tu score adalah seri,dan hati aku tertanya-tanya kalau-kalau peluang menang cerah memandangkan Thailand pon bukan calang-calang pasukan.

Tak sangka 2 minit lepas gol pertama tu,Malaysia sumbat lagi 1 gol menerusi penjaring yang sama.Aku mesti tabik spring toing toing kat Khalid.Semoga dia tak lupa diri..

Jaringan adalah kekal sehingga perlawanan tamat.Infact 3 minit sebelum game habis seorang pemain Thailand kena buang padang.Hahah!Tapi tak guna apa pon.....

Okay itulah ulasan aku hari ni..Walaupon dah basi sebab orang lain pon tahu tapi aku amat bangga dengan pencapaian setakat ni.Apa pon tak boleh terlalu gembira sangat sebab baru melangkah ke separuh akhir kan..

Oleh itu, all the best to you, THE INCREDIBE MALAYSIANS....! BOLEH!!

chubbychan menyampuk lagi : Si dia yang nak ambil exam hari ni,berjuanglah sehingga ke titisan peluh yang terakhir.Saye doakan awak..AMIN..ganbatte kudasai!!!