Hari ke-2
Hari ni masuk hari kedua aku ber'blogging' dalam gelap.Abah lupa beli lampu untuk aku...UUUwaaaaaa!!!!Sampai hati abah lupa...huhu,sadis aku rasa macam aku berinternet dalam gua pula..nasib tak ada kelawar..hihih...
Aku menyedari sesuatu bahawa aku amat rajin menghantar entry sejak akhir-akhir ni tapi agak malas...aku ulangi...agak MALAS untuk menghias rumah aku (blog aku).Kadang-kadang bila aku masuk aku rasa amat kabur dan tak berselera untuk melihatnya..aku rasa orang lain pun macam tu,sebab tu tak ada pengunjung datang bertandang.Mungkin juga isi entry aku tak berapa menarik,sebab tu tak ada pengunjung juga.I'allah aku nak tukar layout baru,tapi kerja tu selalu aku tangguh...lepas ni i'allah aku tak nak tangguh-tangguh dah.
Tadi masa aku tengah bagi kucing-kucing aku makan aku duduk lepak sambil tengok mereka makan.Tatkala aku memandang ke langit aku terpandangkan bulan yang agak-agak malu untuk menonjolkan dirinya.Tapi aku bernasib baik,bulan yang hampir separuh ditutupi awan perlahan-lahan keluar,cantik...bersinar-sinar.Malang sungguh masa tu aku tak dapat ambil gambar untuk aku kongsi dalam blog ni,sekadar melihat dan mengagumi..
Hmm..berhenti di sini,mata dah sakit tengok skrin lappy dengan keadaan gelap macam ni..
chubbychan menulis : nak curi lampu 'bintang' yang frodo dapat dari elf,semulajadi katakan..hihi
Monday, May 31, 2004
Sunday, May 30, 2004
Gelap Gulita
Aaarrgghh...nasib tak baiknya aku hari ni.Aku tengah ber'blogging' dalam gelap.Bukan sebab tak ada elektrik kat rumah ni,dua-dua lampu dalam bilik aku dah burn...Waaaaa...Jenuh aku cari button nak taip tapi disebabkan aku dah ala-ala pro menaip (banyak chat) maka aku dah boleh agak ler..kalau korang ada perasan kesilapan ejaan pada blog kali ni,maka itu adalah kesilapan yang tak dapat dielakkan.hehe...
Semalam pergi kenduri kahwin sedara aku.Sedara aku ni perempuan (kerja doktor) dan suaminya aku tak tahu pula asal usul dia,tapi apa yang aku dapat lihat,memang dua-dua sepadan,cantik dan hensem..hihi..Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal pengantin,ada sesuatu yang mencuit hati aku hari tu. Masa tu hujan,agak lebat.Aku makan mengadap sorang pakcik ni,aku agak dia dah nak habis makan,memang hujan turun lebat,sampai bingit telinga aku dengar bila hujan turun atas zink khemah.Tiba-tiba, pakcik yang tengah makan ni terkejut yang amat sangat,kerana dia seolah-olah sedang mandi di taman tema air..
Sebab apa aku kata macam tu?
Sebab tiba-tiba hujan turun mencurah-curah atas pakcik yang sedang enak menikmati makanan dia.Hahahah.....Rupanya zink khemah tu dah tertanggal.Memang habis baju dan seluar dia kena hujan,aduh..nak gelak tak kena pula,so aku pun tengok dia dengan senyuman yang tersimpul-simpul (hampir tahap gelak la...).Tapi aku tengok muka pakcik ni selamba lagi,siap gelak-gelak dengan kawan-kawan dia.Yang aku kesiankan,tuan rumah tak bagi tuala pun supaya dia dapat keringkan baju dia..Ye la,hati tetamu kena jaga,walaupun dia berlagak selamba..Kesimpulannya memang aku kesian yang teramat dengan pakcik tu.hihi..
Heh,aku dah mengarut..Biasa la rasa geram sangat bila lampu bilik ni burn,tapi aku kena fikirkan orang dulu-dulu yang belajar dengan lampu minyak tanah..dan tak ada meja..Susah rupanya.
Chubbychan menulis : Kadang-kadang tak pandai bersyukur...

Wednesday, May 26, 2004
Marathon
Selalu orang dengar dan lihat 4 x 100 m,4 x 200 m,4x 400 m.Tapi pernah tahu tak ada 3 x 80 km??Haha, tak ada...memang tak ada..tapi aku dan kawan-kawan buat. Semua semata-mata nak tengok Shrek 2 dan Troy. Hari Jumaat lepas tengok Van Helsing. Sitiawan tak ada panggung wayang ke?ada...ada...tapi tak feel langsung.Terpaksa la aku dan kawan2 menapak ke ipoh.
Sampai ke bus station pukul 10.45,naik cab terus ke jusco, tiket pukul 11.55.Pergi breakfast yang sangat lah fast, quater pounder yang dimakan tak sampai 10 minit.Tak hadam perut aku,patut la sekarang aku lapar lagi..huhuhu..
Tengok Shrek memang berbaloi,kalau boleh sebenarnya aku nak marathon cerita shrek sekali lagi aku paling suka puss in boots,sebab dia mengingatkan aku pada kucing-kucing aku kat rumah ni,tapi sayang pula kalau tak guna masa dan peluang serta kesempatan tengok multiple movies.Lagipun memang dah janji dengan kawan-kawan nak tengok Troy sekali.Kesempatan 'cuti' yang diberikan juga aku tak sia-siakan.Lepas tengok shrek,jalan-jalan sekejap sebelum marathon yang kedua bermula....
Cerita troy agak menarik walaupun ia hampir membuatkan buntut aku kematu di dalam pawagam,tapi aku masih tak berganjak sebab tengok brad pitt yang ala-ala seksi pakai skirt (bukan aku je cakap,jennifer aniston pun).Lepas tu dia ada style masa berperang (macam nak baling bola baling je) haha..tapi overall best..
Huaaarrgghh...balik rumah aku layan LOTR 3 pula.sakit urat mata dan lenguh-lenguh dah ni.Macam nak tersembul je biji mata dari soket...
chubbychan menulis : Nak buat mini theater la kat rumah,kutip sehinggit dari budak-budak kalau nak tengok walt disney..hehe...

Monday, May 24, 2004
Mr.Jake
"Do you know where i'm from?"
"Er...na'ah.."
"I'm from New Zealand.."
Lepas tu aku dah tak berapa follow dengan apa yang orang tu cakap.Loghat dia pekat sangat.Siapa??Cikgu baru aku,Mr.Jacob Winn @ Mr.Jake.Aku baru daftar kelas English tadi,preparation for my MUET exam.Orang kata tak payah la ambil kelas,tu exam MUET aje.Tapi bagi aku kelas ni penting,sebab pada masa depan siapa tahu semuanya nak kena guna English.Lagipun untuk kebaikan aku juga.
Mr. Jake is about 6'2 tall,grunge haircut,nice appearance,good personality (i hope),and he got this funny kind of laugh (like ha ha..).I think around 25 above and he's married and has a daughter (his wife is chinese by the way i looked at his daughter,sepet..hihi).
Lepas kelas baru aku sedar English aku memang berterabur habis,mana taknya,buku study aku banyak dalam English tapi alih-alih aku translate dalam BM,senang aku nak jawab periksa.Nampak sangat aku tak yakin dan tak berani.Aku takut aku berada di takuk ni sampai aku tua.
Bukan kelas ni saja aku nak ambil,mungkin kelas PC Maintenance dan Web Design.Aku tahu dah sebulan aku duduk kat rumah,tak ngomben-ngomben ke mana pun.So aku rasa dengan terisi masa ni tak la aku rasa bosan sangat..
*ngomben-ngomben= jalan-jalan
chubbychan menulis : buat kesalahan besar hari ni,nak minta maaf pada orang tu.

Sunday, May 23, 2004
The Blooming Me
Aku bangun pagi hari ni,keluar makan nasi lemak.Aku teringat bunga aku di luar,bunga yang tak lah cantik sangat tapi entah kenapa aku suka sangat.Aku ambil kamera,aku tengok dia tak kembang lagi,kuncup macam tengah tidur.Masa tu baru 8.30 pagi.Aku tak kisah,aku ambil juga gambar bunga kuncup tu.
Aku keluar,lebih kurang pukul 10 baru balik.Aku tengok bunga tadi dah berkembang,hati aku jadi seronok,jadi aku ambil gambar lagi.
Masa aku tulis blog ni,aku terfikir..sifat aku macam bunga tadi.Bunga berkembang dan menguncup bila tiba masanya,macam sifat aku yang sedih dan gembira.Aku tak tengok dia berkembang mekar,dan aku tak dapat lihat bila dia menutup kelopaknya.Macam sifat aku,orang tak akan nampak dan faham kenapa tiba-tiba aku sedih,kenapa tiba-tiba aku gembira.Orang cuma tahu bila nampak riak muka aku..
Hmm..orang yang kenal dan rapat dengan aku akan faham benar sifat aku,dan aku harap dia akan dapat terus memahami dan bersama aku selalu.You know who you are.
Bagus tak perbandingan aku tadi??Aku rasa macam pecinta alam sekitar yang terlalu cintakan keindahan sampai menyamakan aku dengan bunga..Haha,that blooming me...
chubbychan menulis : no offense,just entry aku yang mengarut.

Buds pada pukul 8.30 pagi
Aku keluar,lebih kurang pukul 10 baru balik.Aku tengok bunga tadi dah berkembang,hati aku jadi seronok,jadi aku ambil gambar lagi.
<
Buds yang berkembang pada pukul 10.00 pagi