Sunday, July 11, 2004

Lelong...Lelong!!!

9.30 am

aku dikejutkan mak aku yang tengah tido sebab aku rasa tak berapa sehat hari ni,dengan tekak kering dan sakit,idung merah dengan cairan jernih keluar..haha..makcik normah,mak ella suruh kami datang sebab kontena dari UK dah sampai..adeh..letihnya.

Sampai rumah ella aku tengok terpacak sebijik kontena 20 kaki depan rumah dia.Mak ai..besaunya..lepas tu aku tengok berkotak-kotak barang dari pintu gate sampai la ke dalam rumah ella.Banyaknyaaaa.....!

Hm,kotak kami ada dalam 4 kotak besar,termasuk 2 item yang mak aku pesan dari anak makcik normah yang aku kira kalau beli kat sini mau mencecah ribuan ringgit.Tahu apa barang itu??Ya...3 wheeler(kereta sorong) and a baby cradle.Pernah aku tanya untuk apa beli benda-benda tu,mak aku cakap,"senang la nanti tak payah kamu nak beli lain"...Gulp...Apekah??Hahahah....mak...mak...

Mak aku cakap dia tak beli banyak benda kat sana..tapi yang aku tengok lain macam je.3 kali ulang alik bawak kotak-kotak tu balik.Sambil-sambil tu aku tengok apa yang boleh aku beli.Last-last hatiku ini sudah berkenan pada sepasang kasut boot..Wahh...hitam bergaya.Hampir-hampir berebut dengan kakak ipar ella.Nasib baik ada sepasang lagi..fuh...rejeki..hehe.

Dah habis angkut semua,tiba masanya untuk memunggah..Rupanya mak aku sakan membeli set pinggan mangkuk..Perempuan,tak dapat dipisahkan dengan pinggan mangkuk..hihi.Satu set pinggan makan Royal Doulton bersama tea set,kemudian satu set lagi entah jenama apa aku tak ingat.Yang aku dengar la,jenama Royal Doulton ni memang famous amos la...Mahal pun boleh tahan,mak aku kutip mana yang boleh dibeli je..Cantik memang la cantik tapi akhirnya buat alas makanan juga.. :)

Aku dah rembat 3 pasang seluar,2 jeans dan satu seluar slack ala-ala 60an..haha.Lepas tu mak ella belikan aku semua barang yang berkaitan kucing..buku nota gambar kucing,puzzle kucing,3 frame kucing..best...best..Mak aku pulak belikan new born cousins aku toys..Nak ikutkan nak aje aku ambil semua toys tu..haha tapi mengenangkan aku ni tak sedar dah tua ke??hahah,just kidding..takkan semua nak ambil..isk isk.

Aku buka 3 wheeler tu,mak aku kata zaman aku kecik-kecik takde menatang semua ni.Infact napkin aku pun tak secantik disposable diapers yang budak-budak pakai sekarang..Abis tu nak aku pakai ke???hahaha...Abah aku cakap dia nak pasang 3 wheeler tu dan nak bawa aku jalan-jalan round taman dalam 3 wheeler tu..hahahahha.Macam-macam..

Masa aku tido keletihan petang tadi aku dapat mesej dari member aku,mesejnya berbunyi,

"Ai che na jgn miss tgk 3R ari ni topic nyer kene sgt ngan che na,LONG DISTANCE RELATIONSHIP."

peh,dahsyat juga member aku ni kenakan aku.Ramai kawan-kawan aku dah tahu yang aku sekarang dalam long distance relationship..ye,memang betul pun dah 3 tahun dah.Apa yang aku belajar long distance relationship ni memang memerlukan 1001 jenis pengorbanan,
pengorbanan dari segi masa,wang,perasaan,mental..Semua tu kena kuat.

5 elemen untuk menjayakan hubungan jarak jauh yang aku belajar dari 3R.

i. kepercayaan - meletakkan kepercayaan yang penuh kepada pasangan walaupun bukan 100 peratus kerana kita harus menanamkan 1-10% rasa tidak percaya..biasalah,semua orang adalah manusia biasa yang sentiasa ada perasaan was-was.elemen ini sangat penting untuk menjaga hubungan yang akan terus berkekalan.

ii. komitmen - semua orang akan fikir bila sudah menjalinkan komitmen akan berasa kehilangan atau terasa terkongkong untuk melakukan sesuatu.Suatu perkara yang kita harus sedar,komitmen ni timbul apabila kita sudah bersedia untuk mengadakannya,kalau tak bersedia janganlah terburu-buru.Komitmen ni sebenarnya akan membuatkan kita berasa saling bergantung antara satu sama lain,oleh itu insya allah hubungan akan berjaya.

iii. komunikasi - yang ni aku bersetuju memang penting,sebab percaya atau tidak setiap pasangan ingin selalu berkomunikasi.Dulu aku ingat bila dah jauh ni susah untuk kami berkomunikasi,tapi sebenarnya tak,banyak lagi cara...ia menjadikan kami terasa lebih dekat antara satu sama lain.

iv. kesabaran - satu kelebihan yang terdapat pada hubungan jarak jauh ni adalah kesabaran yang lebih tinggi.Mungkin jumlahnya tak banyak tapi sepanjang pengalaman aku,kesabaranlah yang menjamin hubungan lebih baik.Susah???Memang susah...tapi tak salah kalau kita sentiasa tanam rasa sabar kan?

v. keyakinan - sentiasa berkeyakinan terhadap pasangan.sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama lain..itu paling penting.

Banyak orang tanya macam mana aku boleh bertahan dengan cara macam ini??Ada pula member yang nak mencontohi kesabaran aku sebab dia yang dekat pun selalu bergaduh.Aku hanya mampu tersenyum,sebab kalau nak diikutkan aku taklah sekuat itu,hanya aku dan dia saja yang tahu keadaan sebenar..tapi itulah,5 elemen tu kenalah dipraktikkan.Aku percaya ada hikmah disebalik semua ni.Aku pun tak tahu mana datangnya kekuatan tu..Amin...

chubbychan menulis : kupercayai diriku....seharusnya kau pun begitu...

No comments: