Thursday, July 08, 2004

Kenangan Semusim(Part II)

Sambungan...

Masa PMR aku dapat 6A je,geo dengan sejarah dapat B.Aku memang tak minat sungguh geografi masa tu,bayangkan cikgu geo aku asyik suruh lukis peta je,lepas tu kena kaler plak,kena highlight,kena surih dengan kertas minyak...tak ke banyak kerja tu.Tapi semua kerja dia aku buat betul-betul sebab cikgu ni kalau dia tak puas hati suruh berdiri atas meja..Ada ke patut????

Sejarah pulak memang best,cikgu boleh buat lawak sambil cerita..Siap ada bunyi lagi (peng..peng)..haha,tapi malangnya aku masih tak boleh nak score subjek dia,maaf cikgu...Aku ada buat application masuk MRSM,tapi trial PMR aku semuanya B..Sampai pengetua ajak mak abah jumpa..Apekah??Orang lain tak macam tu pon..Makcik aku kata aka tak layak apply,hati siapa yang tak sedih,lagi-lagi yang cakap tu makcik yang jadi cikgu aku masa tu.

Aku pun ambil keputusan pindah sekolah bersama-sama 33 orang kawan-kawan yang lain.Sedih ooo meninggalkan sekolahku yang terchenta..Masa tu sekolah aku tak buat science stream lagi,jadi kami terpaksa pindah..

SM METHODIST ACS...

uuuuuuuhhh...musuh tradisi tu,baik dalam akademik mau pun sukan...kami saling ejek mengejek..even bila lawan netball pun masing-masing tarik muka..aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu,tu la agaknya,musuh tradisi..Aku jadi fobia masuk sekolah ACS,sebab 1st time masa kami jadi visitor untuk debate kami kena boo..bayangkan betapa jijiknya budak-budak sana pandang kami..apa boleh buat...

Disebabkan aku tak dapat full A masa PMR,aku masuk kelas sc1...bawah sikit dari kelas top, sc2..Aku tak tahu la,budak-budak sana tengok macam kami ni kuman yang perlu dibasmi,tapi ada la dua tiga kerat yang baik..Tapi tak sampai beberapa bulan pun,kami dah boleh jadi member kamceng..hihi.

Aku join Kadet Remaja Sekolah(KRS) sebab aku suka sebenarnya aktiviti-aktiviti lasak ni.Dulu kami hampir setiap hari berlatih kawad,kalau tak sama kawad kena pukul betis,tak kira lelaki perempuan.Aku pernah kena,tapi aku tak marah pun,sebab sakit sangat...haha,push up,ketuk ketampi...dah biasa dah..lari satu padang pun ada.Kena sembur selalu sangat,agak dah tuli telinga pun ada.Tapi itu yang best pun,jadi semangat.Semua tu buat ahli-ahli jadi rapat,junior takut dengan kami,sebab kami ni berpotensi menyembur orang tak kira masa..hahah.Kesian....

Aku ingat lagi,masa kami bercamping di sekolah untuk hari Sukan,macam-macam aktiviti kami buat,yang paling best aktiviti burung hantu,di mana kami akan tinggalkan ahli sorang-sorang pukul 2 pagi di kawasan yang gelap dan sunyi.Nak tak nak kena ikut,kalau tak,buat apa masuk kadet kan??Ha,yang paling best masa tu,aku dan beberapa orang kawan pergi menyakat junior yang kena tinggal ni,kami sangkut tudung putih dekat pokok..Lepas tu buat macam-macam bunyi,siap jerit "Hantu!!!Hantu!!"..Last-last masa kami nak jemput budak tu balik,dia tak nak...Dah,tak takut ke??Dia kata dia tak nak balik sebab dah terkencing dalam seluar...HAHAHAHHAHAHA....Disitu juga kami gelak berdekah-dekah..

Lepas tu aktiviti ikut ketua..ketua ni diarah memimpin anak buah yang menutup mata berjalan merentasi longkang kecik,longkang besar,lalu celah-celah tiang,pokok..Ha,masa ni la nak menguji sama ada ketua ni bertanggungjawab atau tak menjaga anak buah..Tapi selalunya fail,sebab mesti ada yang lebam dahi,kaki,terseliuh langgar tiang dan jatuh longkang..Adoi,rasanya lepas ni mesti ada mak bapak complaint..hihi..nasib ko la labu.

Teruk juga budak-budak ni kami kerjakan satu malam,selalunya takkan tido sampai keesokan harinya..baru la thrill sikit kan?merangkak dalam lumpur,guling-guling..Esoknya anak buah mengadu sakit sana..sakit sini,tapi simpan sampai habis kawad hari Sukan.Best??Memang best sangat...

Masa hari terakhir tingkatan 4,aku diberitahu oleh Cikgu Zaharuddin yang nama aku dicalonkan untuk jadi pengawas..Apekah??Pengawas lagi??Huhu...Rezeki..Tapi kena attend interview dulu oleh pengetua,guru disiplin dan guru kaunseling..Masa tingkatan 5 aku dah sah jadi pengawas.Majlis pertabalan(ewah) memang grand..sebab band sekolah join sekali,bergaya dengan blazer...haha,lepas tu kuasa bertambah..hihi.

cuba teka yang mana satu aku@budak cute??hihi



Aku selalunya kena jaga kantin(duh..),jaga gate,ronda(merangkap menangkap budak-budak melepak)..Join spot check pun ada,time ni la best sebab macam-macam budak-budak ni bawa ke sekolah,nasib masa tu vcd lucah belum popular,kalau tak naya...selalunya budak perempuan bawa perfume(tak cukup wangi ke kak oii),gincu pun ada(nak melawa ke nak belajar?),budak lelaki pulak selalunya simpan rokok..Pernah juga aku tengok operasi menangkap budak-budak merokok,dan selalunya aksi kejar mengejar ni kami dapat tengok sebab mereka akan berkejaran keliling sekolah...aduhai..

Kenangan Semusim berakhir di sini,kalau nak cerita rasanya naik lenguh tangan aku menaip..I'allah akan disambung sekiranya ada sambutan..

chubbychan menulis : Duh....

No comments: