Ahad yang Sangap
12.28 am...
Menginjak ke hari Isnin,errgghh aku rasa betul-betul sangap(bosan).Sebab tu kot Julius Ceaser(betul ke aku eja ni) mencipta hari ahad(ke dia ni cipta kalendar?konpius aku) untuk semua orang berasa sangap.haha...Mungkin aku saja yang dijangkiti penyakit ni sebab setiap hari adalah sama.Harap semuanya berlalu dengan cepat sebab aku dah mula risau bila aku nak mula belajar balik.Inilah delima...haha dilema..ayo yo...dilema budak diploma IPTS ni.Kena berusaha cari tempat yang sesuai untuk memulakan pengajian.Well,cut the crap..
Aku dikala ini menjadi setiausaha sulit mak aku,kenapa dikatakan sulit??Sebab aku diarahkan menaip suatu surat rahsia kerajaan..jeng jeng jeng...nampak sangat aku tak ada kerja.Dah la tak dapat upah pula tu..Tapi tak mengapa,petang tadi aku jadi tauke 'paper lama'.Paper yang dah lama bertimbun yang beratnya mungkin 50 kilo,aku bawa pegi ke kedai aya tu..Timbang punya timbang nak tahu berapa aku dapat?? 20 ragok....!!Kayo pokcik!!!Girangnya tak terkata..Padahal mak aku yang beli paper hari-hari.Inilah yang dikatakan lembu punya susu sapi dapat nama..bezanya nya pepatah tu mak aku punya paper lama aku dapat duitnya...heheheh.
Sukacita dimaklumkan bahawa kucing aku yang bernama Mak Bu..hehe,telah selamat melahirkan 3 ekor anak kucing yang sangat cute miut pada 28 Jun lepas.Tetapi kegirangan aku tu hanya sekejap sebab seekor mati digigit bapak kucing,maka aku meratapi merangkap menangis kepiluan atas pemergiannya.Nama pun aku tak sempat nak letak lagi.Nanti aku letak gambar anak kucing tu.
Kenangan Semusim (Part II) akan disambung nanti,sedang mengumpul memori melalui gambar-gambar lama semasa zaman persekolahan..waiceh,syahdu pulak..
chubbychan menulis : menunggu detik 2.30 perlawanan akhir Greece menentang Portugal.Euro 2004 menyaksikan tumbangnya pasukan-pasukan gergasi dan pasukan kerdil semakin menyengat...
No comments:
Post a Comment