Sunday, July 31, 2005

Huhu..Kije Yang Baaannyyaakk..!


Tengah merewang-rewang melawat ke friendster..teringat birthday seorang sahabat lama 1 ogos nanti..dan seorang lagi telah pon menyambut hari jadinya hari ini..(30 julai).hari tu berjumpa dengan sahabat aku ni,bila dia balik bercuti dengan adik beradiknya yang lain.Kami amat susah nak jumpa,padahal rumah hanyalah 100 meter jauhnya..Dulu teringat dia lasak,ganas dan brutal adalah ayat yang terbaik untuk memperincikan sahabat aku ini.


Tapi seiring dengan umur,dia dah berubah menjadi seorang perempuan (belum boleh dikatakan wanita) yang aku fikir amat berlainan sewaktu zaman sekolah dulu.


Dalam kereta kami bergebang...Tiba-tiba dia mengeluh,


"Husna...ko carikan la kite boyfriend...kite takde sape2 lagi ni."

Agak sedikit terkejut dengan kenyataan itu..aku balas

"Lah,kan ko ramai kawan kat sana...takkan takde yang berkenan kot?"

"Mane ade,kawan-kawan je."

Aku agak dia macam susah hati je..Aku pun ala-ala memberi sepatah dua kata nasihat.

"Ko jangan la susah hati pasal hal ni..Berkawan sambil mendalami hati budi seseorang dulu sebelum buat keputusan 'itu'.Let things flow on their own,i'allah you will find someone that is the best for you.."


Dia angguk faham,ada juga riak-riak ingin membuat kenyataan balas..Aku faham situasi dia,tapi benda tak boleh dijadikan sekelip mata seperti memetik jari.Dia tanya juga macam mana nak tahu seseorang tu adalah terbaik untuk kita?


Hmm..susah juga nak jawab soalan makcik sorang ni...Tiap-tiap individu akan tahu bila, siapa dan kenapa seseorang tu adalah terbaik untuk kita.Hati adalah bahagian terbaik untuk memberi keputusan itu..hehe aduh,prof cinta pulak hari ni...tak lah,tak pandai mana pon.. :D


Okay,berbalik kepada tajuk di atas...kenapa ya?


Image hosted by Photobucket.com
Tengok ni...
Telah diberikan tugas untuk menaip semula sebahagian daripada isi kandungan buku ini..1/10..Tapi banyak!!!Tadi pon dah mengeluh sebab jari-jemari dah lenguh menaip...ada program yang scan dan terjemah ke bentuk teks..tapi hampeh,lagi baik menaip...agaknya teknologi canggih pun ada kekurangannya..sebab tu microsoft banyak launch versi window yang berbeza2..apa pon..XP juga yang terbaik..hehe..
Dalam fikiran aku juga tengah memerah otak untuk mencantikkan kawasan rumah dalam erti kata lain membina landscape yang murah tetapi cantik...sekarang ni apa yang aku buat adalah mencangkul,merumput,menyapu dan aktiviti2 itu diulang kira-kira 4-5 kali dah..hehe...apa pon,usaha perlu ditingkatkan lagi..
Aku agak,ini adalah comeback aku ke dalam dunia blog ni.ada masa,boleh menulis..ada masa,hanya melawat ke blog2 orang lain..tak ada masa??hehe anda faham2 la sendiri ye.. (Mat,saye dah update..tak sangka mat sudi baca coretan saye yang tak seberapanya ini,arigato...!)

Thursday, July 28, 2005

Momot Nina


Image hosted by Photobucket.com


Ni kucing aku yang terbaru..Eh bila kucing aku beranak??Tak la...Anak kucing ni mak aku bawak balik dari opis dia.Masa dia umur 2-3 minggu mak dia sakit..Bila mak aku bawak ke klinik doc cakap kalau hidup pon kucing ni dia menderita sepanjang hayat.Jadi mak aku ambik keputusan nak 'tidurkan' dia daripada menanggung seksa..


Jadi anak kucing yang yatim piatu ni aku namakan dia momot..momot sejak duduk dengan kami dia tak banyak ragam..Mak aku terpaksa beli susu kucing sebab dia baru lagi lahir,kalau tak ada susu macam mana dia nak survive kan..?Masa tu aku bagi susu kat momot pakai injection..kesian dia sebab tak ada mak nak susukan dia..


Lepas beberapa lama abah beli pulak botol susu khas untuk kucing...maka dengan itu momot pon minum macam anak kucing lain walaupon artificial je..haha...


Pada aku momot ni kesayangan keluarga..Bayangkan abah sanggup habiskan RM11 untuk 3-4 hari bagi makanan momot..Susu pulak setin lebih kurang RM24..Boleh tahan untuk sebulan..Nasib tak payah pakai lampin,kalau tak susah jugak.


Awal-awal lagi abah dah ajar momot buang air dalam bekas isi pasir..kira macam toilet la tu..Alhamdulillah momot ikut cakap,tak macam yang lain..tak makan saman.


Satu je aku tak tahan : Dia kuat gigit!!!

Wednesday, July 27, 2005

Bittersweet of Life

Sebulan lebih dah aku tak tulis kat blog ni ye...in terms of actually tengah sibuk dengan life dan kerja yang kadang-kadang menimbun dan kadang-kadang tak.Dalam pada masa yang sama juga memuhasabah diri dengan apa yang dilakukan setakat ini,adakah ia memuaskan hati atau tak..Selalunya manusia tak pernah puas dengan apa yang dikecapi, ada yang bagus mempunyai sifat ini tapi kebanyakan manusia masih tak puas bila diikutkan apa yang dikurniakan tu sebenarnya perlu disyukuri.


"just think of it as what's best for you... sbb kita punya diri dan badan sendiri, so setiap kita ada buku kehidupan kita sendiri... how we deal with difficulties and the so-called unfairness in our minds depend on how pretty we want to write in the book of our life.. terpulang pada kita mcm mana kita nak hadapi, kita yg pilih seindah mana catatan dalam buku kehidupan kita...no one is good either about this matter, but the thing is, just be you... you are free to be you, and you can do what you want if you follow you yourself... but whatever we do, never forget to let things go according to His decision and trust Him (atau dalam kata yang lagi elok, we better have sangka baik with ALLAH) because semua yg ditetapkan sesuai utk kita... I'm really sure, what happens in your life is the bittersweet yg menghiasi hidup setiap kita.. so cherish your life... don't get sad, but get glad with all the nikmah God gave to us... and do remember this, the biggest nikmah we have since we born is the chance to live on this world.. so be thankful and strive for your life semampu yang terdaya... selemah kita pun alhamdu liLLAH kita boleh dan sentiasa ada DIA untuk bergantung sepenuhnya...imagine other people with more heavier tests, like in the countries of war and terror... we only have to face the inner self without worrying about our surrounding... YOU CAN DO IT! have good spirit and remember to pray always! HE'll show you the way out if you ask HIM... never forget to keep asking HIM and never question when will the answer given to you, someday you'll realize how strong you are and how sweet is your past ganbatte ne!"


Terkedu bila membaca komen seorang sahabat (walaupon tak bape rapat), tapi komennya itu sangat bertepatan dengan apa yang aku fikir.Yes, setiap langkah dalam hidup macam tulisan dalam buku, ada tulisan yang cantik dari mula perenggan hingga akhir tanpa ada kesilapan..Ada tulisan yang cantik tapi penuh dengan kesalahan ejaan yang dipadam-padamkan..Ada yang tulisan buruk tapi masih boleh dibaca dengan jelas..

Bila kita menghadapi saat yang paling sukar dalam hidup,percaya bahawa hari-hari mendatang akan lebih penuh dengan cabaran..tiap saat itu paling tidak pasti airmata mengalir bersama-sama masalah,dan disertai dengan permulaan langkah baru tanpa menoleh kebelakang lagi..


Dalam hal ni,aku baru bangun bertatih semula, selepas lumpuh minda dan hati,menerima dengan terbuka apa yang telah ditulis untuk aku oleh-Nya.Ramai orang kata,ada jalan hidup yang lain untukku,mungkin dengan cara yang lebih sukar,tak sama dengan jalan-jalan hidup orang lain.Tapi kadang-kadang aku kalah,masih terbawa-bawa dengan kekecewaan,cemburu dengan orang lain yang aku fikir telah terbuka luas perjalanan hidupnya tanpa perlu berfikir dalam..


InsyAllah berkat sokongan dari keluarga dan orang tersayang serta rakan-rakan, perjuangan hidup perlu diteruskan...ganbatte ne husna!!!!

Friday, June 24, 2005

Jangan salahkan takdir...

Jangan salahkan takdir kalau itu sudah takdirnya...
Kerana takdir adalah takdir dan tiada siapa dapat mengubahnya..
Walaupun jika sudah berusaha...


ps: setakat ini takdir masih belum berpihak pada aku...hmm...perlukah aku menyalahkan takdir??

Sunday, May 22, 2005

Moment Of Silence..

Not in the mood of everything...certainly i'm feeling not very well today.I'm now physically sick coz of the pain in my leg for the past a week ago...Plus my tongue is in pain too...

Actually i miss him very much..He has gone to *** to pick the parents of his friend and the journey takes about 12 hours from his place..gee...For to n fro journey equals to one day..He promised to call but then i havent received any...well...something that i must forgive him.

today is wesak day...and of course the government will extend it to tomorrow bcoz today is sunday (yeay!)..i might have a time to heal the pain that i'm into.
yesterday was the farewell dinner for dato' Ding who is retiring from the company..I ate alot..but then it was not a satisfaction 'meal' anyway..i still have spaces in my stomach for others..anyway..sharkfin soup was really yummy..i wonder why i got only a small bowl of soup where i can finish the whole big bowl all by myself...greedy eh??sorry (ashame).

there's so much things happened but i couldnt jot it here one by one..I forgot to write about Pak Lah's (our PM) visit at my space on 14th may..I may just have him to visit my house...what a shame,He had so many bodyguards around..i cant bearly shake hands with him.

Well...end here..got to rest for a while