Saturday, October 15, 2005

Me


Global Personality Test Results
Stability (30%) low which suggests you are very worrying, insecure, emotional, and anxious.
Orderliness (50%) medium which suggests you are moderately organized, hard working, and reliable while still remaining flexible, efficient, and fun.
Extraversion (46%) medium which suggests you are moderately talkative, outgoing, sociable and interacting.
Take Free Global Personality Test
personality tests by similarminds.com

Wednesday, September 28, 2005

Berita yang Menakutkan

Hai, i'm back...menaip dengan jari hantu berbalut akibat terkepit kat pintu kereta..masa kena tu,memang sakit teramat sampai tak ada air mata yang keluar..Malam tu je baru teresak-esak sebab tak tahan sangat dengan kepedihan dan kesakitan..Tambah2 pulak mak abah,officemate menyakat,kalau pegi jumpa doc sure kuku kena cabut...Lagi la aku tak tahan....harapnya cepat baik,tanpa perlu kukukudicabut...hhhuuuwaaaaa...


Seminggu dua ni,bila baca paper aku terasa seram sejuk,terkejut dan kecewa jugak lah...

Entah kenapa,memang ketentuan-Nya, banyak accident kat Malaysia sekarang ni. Lepas satu,timbul yang lain2 pulak.kadang2 dalam seminggu berderet-deret..ada kalanya pulak dalam sehari ada 2-3 accident...

Yang paling menyayat hati kes semalam,bila ada orang yang prihatin nak menolong mangsa2 accident,datang pulak trailer dari ntah mana rempuh mangsa2 tu. Bayangkan kalau tak ada trailer tu, mungkin mereka masih hidup lagi hari ni.Mungkin ajal dah sampai,kalau selamat hari ni tak mustahil nyawa hilang esoknya.

Setuju sangat kalau aku katakan pemandu2 sekarang memang tak prihatin,tak berhemah langsung..Ikut bahana melayan perasaan sendiri. Tak keterlaluan kalau aku cakap perangai macam 'setan'...(geram sangat). Hari tu aku lalu kat traffic light,masa tu dah nak masuk senja,tengok budak2 remaja sekarang (MELAYU terutamanya) buat aksi-aksi wheelly, pecut tak tentu arah dan datang segerombolan dan menunggang cara yang sangat merbahaya..Mak aku pernah merungut,dalam konteks sangat marah,


"Kadang-kadang elok kalau depa jatuh tertonggeng atas jalan"


Aku pulak sambung,


"Kadang-kadang elok kalau patah kaki nya"


Ye,ayat ini kedengaran sangat prejudis,sangat melulu,tapi kalau dilihat sendiri memang mendidih darah...


Cadangan nak menaikkan had umur bawa motor ke 17 tahun?apa relevannya....?


setakat naikkan setahun tak dapat ubah apa2,mereka masih boleh menunggang,budak2 umur 10 tahun pon ada...Atas kebenaran siapa?? Benci aku lihat sikap acuh tak acuh ibu bapa....

Ada kebenarannya kalau mak aku tak benarkan aku bawa motor,walaupon dah capai usia boleh..bawa kereta eloklah ikut had laju,tak payahlah nak tunjuk terer atas jalan,yang perempuan pulak,tak payah la nak ikut cara lelaki bawa kereta,kununnya hebat,berdiri sama lelaki...Aku ada contoh pada kenyataan ni,cuma aku malas nak cerita,buat menyakitkan hati.

AKU PON BAWA KERETA BEB....TAPI INGAT LAH NYAWA SENDIRI DAN NYAWA ORANG LAIN SAMA..!!!

Thursday, August 25, 2005

Oh Perut

oooiiiihhhh...rasa macam orang tua hari ni...jalan terbongkok-bongkok,dok urut belakang..dok ketap ketupkan pinggang..perut plak keras,kejang semacam...

awatnya deknun oooiiii?

nih semalam cik kak saye pegi gym...haha

mau nye tak sakit,baru 1st timer setelah lama meninggalkan alam bersukan dan berpoya-poya nih.hehe..so,dengan penuh kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan perlunya menjaga kerampingan badan (apekah ini??), maka aku dan jiran sebelah rumah pergi lah ke pusat gym...

mula-mula kami jumpa satu gym yang ada aerobik sekali..tapi malangnya matlamat tak tercapai sebab hajat kami nak buat fitness program.Kami pon join la aerobik tu untuk 20 minit yang terakhir.Lepas tu kami pegi lak cari gym lain..Jumpa la apa yang kami cari-cari tu.

Mula-mula buat warm up,siap cycling n walking.Untuk orang yang 'semacam'nya aku ni, tentu la dah rasa semput kan..tapi buat macho je la,kang instructor tengok kena gelak je.lepas tu buat stretching,sebelum mulanya aktiviti pertama.

Pertama sekali dalam setiap fitness program adalah tumpuan kepada bahagian perut..Ya...bahagian perut kawan-kawan.Buat sit up tapi bukan sebarang sit up.Kaki di atas dan badan kat bawah sikit.Sit up macam tu buat otot-otot badan aku terkejut!!!

kemudian buat crunch pulak,yang tu kat bahagian kaki ke atas,bayangkan nak angkat badan tu payah...masa tu jugak aku jatuh ke bawah..

3rd activity adalah mengangkat dumbell...ce kononnya tu la bahagian yang aku paling suka dan aku rasa paling senang.sebelah tangan aku angkat 1.2 kg beban menjadikan 2 tangan angkat 2.4 kg beban..berat jugak tu..

Memandangkan hari dah gelap kami pon berenti la untuk hari tu..Aku ingat tak la akan jadi teruk esoknya..tapi ni lah aku sekarang...sakit-sakit badan teruk!!!macam orang baru lepas kena belasah pon ada...adooiiii...

Nak tak nak aku kena teruskan..kalau tak malu ooo,tambah dah kurang bersenam,masa ni la nak cover balik apa yang patut.. :)

Monday, August 22, 2005

Teka teki yang buat aku bengong..

Ada 3 orang...sorang buta,sorang pekak dan sorang lagi bisu..

Satu hari si bisu nampak si pekak curi duit si buta

Macam mana si bisu nak bagitau si buta??

ha..jawab..jawab!!

Thursday, August 18, 2005

Hidup di Bulan Ogos

Dah masuk pertengahan bulan,agak pokai..
Bulan depan 2 bil telefon nak bayar,lepas tertunggak sebulan lepas bil telefonnya hilang..
lepas tu nak bayar bil TMNet, banyak tu tak banyak tapi perit la gak nak bayar,
elok gak pakai Streamyx, tapi nak apply mesti banyak renyah..

Hidup bulan ni agak stabil,tapi bosan..
Baru lepas baik demam,dekat 5 hari jugak la..
Kalau dulu demam just baring dan tido je,tak payah fikir benda2 lain,
sekarang kalau demam nak kena ambil mc,esoknya pulak dah kerja padahal demam pon tak
baik lagi,
akibatnya,tanggung la sengsara kat office..
dengan jaketnya, sampai pakai stokin..
sekali tengok macam orang tengah berpantang lepas bersalin.

yang aku tak tahan tu nak makan pon susah,
lepas makan sikit terus muntah,naik kejang perut,naik kembang tekak...
sekarang dah jangkit dengan kawan office..
eheh..kesian.....

Cuti tahunan ada lagi,tp

sekarang dah bulan 8..
malas nak pakai,nanti raya nak dekat senang nak pakai cuti...
almaklum sekarang dah kerja,bukan macam masa sekolah atau tengah belajar kat kolej,
terasa nak tuang,silakan...
terasa nak demam..demam lee....
rasa nak bercuti...pegi jalan jauh-jauh...tenangkan fikiran..aduh bestnya...

tapi masalahnya sekarang,
aku terperangkap kat office yg suram ni...huhu...nasib....

p/s: nukilan yang berterabur,macam otak aku sekarang,SERABUT!!