Thursday, June 10, 2004

Yesterday....

Bagus kan ingat kisah lama....

kisah 2 hari lepas...

kisah 4 bulan lepas...

kisah 3 tahun lepas.....

sebab kisah-kisah macam tu buat kita tersenyum dan tergelak...

kisah yang membuatkan kita menjadi seperti kera dapat pisang.

Maksud aku kisah-kisah yang menggembirakan..kisah yang membuatkan hati berbunga-bunga keriangan...

Sepanjang hidup aku kisah yang menggembirakan dan membahagiakan aku adalah kisah-kisah 4 tahun yang lalu....

17 tahun...aku ambil lesen kereta..had some wonderful friends around to cheer me up.jadi kanak-kanak riang walaupon dah 17tahun

18 tahun...baru habis spm,bumped into college life..found my 1st love...

19 tahun...great life with my family,great relationship with him..good score in my final exam..

20 tahun...had a great experience travel overseas,although only for a short time.

but now my life is not so great after all..Mungkin dah seronok selama 4 tahun sebelum ni.So many problems came up,sometimes the problem continuously rolling into my life.I hope for miracles to happen.Something that will make my eyes sparkle.Something that will make me cry coz i'm too happy.Someday maybe.....

Apa pun,aku masih di sini...

Wednesday, June 09, 2004

Otak tak center

Aku baca blog abrar tentang teater otak tak center.Aku pun dah baca dalam utusan tentang review teater ni.

Aku pun fikir sekarang otak aku tak center di atas sebab-sebab tertentu...

chubbychan menulis : it's always like this..fed up kadang-kadang.

Sunday, June 06, 2004

kaw kaw kaw - kaw kaw kaw kaw

Hahaha...mesti blur gila title aku hari ni.Aku tengok vcd yang aku beli hari tu.Tak ada kesempatan nak tengok,kalau malam pula seram aku,almaklum la,aku beli vcd cerita hantu.

Kaw tu sebenarnya dalam bahasa thailand maksudnya 9.Maknanya nama cerita tu actually 999-9999.Cerita ni ala-ala cerita The Phone (bagi sesiapa yang tengok tau la kan).Hero dia hensem,macam tak percaya pula aku sebab muka dia ala-ala omputih gitu..Heroin dia pun lawa,malangnya masa miss universe hari tu aku tengok miss thailand dia tak lawa langsung (condemn aje).

Aku tengok sorang cerita tu.Mak aku kat luar tengok Toll Gate Girl.Aku rasa,seram lagi cerita Ju On,takut lagi cerita Dark Water,gerun lagi cerita The Phone.Cerita ni kadang-kadang buat aku gelak aje..Sampai la ke endingnya,aku pula yang jadi blur...Baik aku tengok katun powerpuff girls,lagi best.

Tadi aku baru balik dari menolong untuk kenduri kahwin makcik aku yang bakal dilangsungkan esok.aku tolong membungkus telur,memotong bawang putih sampai naik melecet jari,tolong makan (oppss...adeh yang ni takleh dielakkan semasa time kenduri),tolong tengok..hihi.Seekor lembu dah tumbang untuk kenduri ni,masa aku datang aku tengok dia sayu je.Aku yang naik hiba tengok lembu tu.

Masa pakcik-pakcik sembelih lembu tu,aku tak tengok,aku takut aku jadi kasihan yang teramat sangat.Masa aku keluar untuk melihat kali kedua aku tengok lembu tu dah selamat jadi daging.Innalillah...Seronok tengok orang-orang kerja potong daging ni,tapi yang paling best masa paklong aku potong perut lembu tu,habis keluar semua isi rumput yang dah dihadamkan,hijau je..hihi.lembu ada 2 perut.satu perut kecik dan satu lagi perut besar.perut kecik tu pula simpan rumput-rumput yang bakal jadi shit (hihi..).Lepas tu aku tengok maklong aku cuci usus lembu..Mak..panjangnya..bayangkan la usus manusia pun panjang.kalau tak silap aku 7-10 meter panjangnya.Inikan usus lembu...

Huhu..aku dah berlagak macam veterinar je,isi dalam komputer pun belum tentu pass inikan isi perut lembu..haha.

chubbychan menulis : sedih oo tengok lembu tadi..sob sob

Wednesday, June 02, 2004

Puss...puss..rrrr

Tak ada apa yang menarik berlaku hari ni,aku dapat forward email ni dari kawan aku.Sebenarnya banyak lagi gambar tapi yang ini adalah antara gambar-gambar kucing yang paling aku suka.Gambar kucing aku pun banyak tapi tak la menarik macam gambar-gambar ni.Enjoy...















chubbychan menulis : i thought i taw a puttytat...i tit,i tit taw a puttytat..

Tuesday, June 01, 2004

Encik Kacang

Aku baru lepas tengok cerita Mr.Bean.Tak sangka Mr.Bean yang mula ditayangkan tahun 1989 pun masih orang suka.Dah lama tu.Tapi aku rasa Malaysia tak tayang seawal tu.

Aku suka lawak Mr.Bean,bersahaja dan ada mesej tertentu.Bukan setakat lawak bodoh yang buat orang gelak aja tanpa fikirkan sesuatu mesej disebaliknya.Kadang-kadang kita tak terfikir pun,cuma aksi spontan yang penuh dengan kelucuan.Semua episod Mr.Bean aku suka,terutama episod dia kena babysit baby masa kat funfair.


Lepas tu Malaysia dah mula tayang Mr.Bendul.Sampai sekarang aku musykil,apa faedahnya depa buat cerita Mr.Bendul tu,dah la copycat sebijik Mr.Bean,nak kata lawak tak lawak langsung sebab semua lawak tak menjadi.Masa tu aku memang kutuk habis,bukan merendah-rendahkan cerita keluaran Malaysia,cuma kadang-kadang patut ikut logik la juga.

Lepas reda pasal Mr.Bendul,baru la wujudnya Senario.Aku tak nafikan dulu aku memang minat senario,setiap episod dia aku akan pastikan aku tak ketinggalan.Masa tu senario memang jadi senario la.Semua orang cakap pasal senario,lawak dia yang best.Tapi.....itu dulu...DULU....Sekarang lawak senario banyak tak menjadi,banyak lawak kotor dan mengajar budak-budak jadi kurang ajar (kadang-kadang).Tak tahu la kenapa,mungkin dah kekeringan idea walaupun dah banyak kali brainstorming(sampai ke Pangkor dan Gold Cost).Boleh percaya tak Mr.Bean di luar wataknya dia sungguh berhemah,bercakap dengan penuh yakin dan berisi.Beza dengan kumpulan lawak kita,mana-mana pergi pun nak buat lawak slapstik,kononnya semua orang boleh terima.Depa tak ingat agaknya,watak dalaman dengan personaliti luaran adalah 2 perkara berbeza.



chubbychan menulis : Shrek 2 paling kelakar terasa ketiak seperti digeletek2..hihi