Tuesday, July 25, 2006

Bala untuk manusia sahaja

Dipetik dari BERITA HARIAN 25 Julai 2006

Haiwan di sini seperti sudah tahu akan kedatangan tsunami, semuanya berada di kawasan bukit beberapa jam sebelum bencana itu melanda,” kata Decky, 35, yang bertugas di Taman Wisata Alam dan Cagar Alam Pagandaran di Pantai Timur di sini.Beliau berkata, anggota yang bertugas menjaga kawasan hutan seluas lebih 200 hektar itu berasa pelik apabila tidak melihat kelibat rusa atau monyet di kawasan berdekatan pintu masuk taman alam dan haiwan berkenaan sejak tengah hari pada hari berlakunya bencana itu."Ada lebih 150 ekor rusa di sini dan lima kelompok monyet tetapi semuanya tidak kelihatan sejak tengah hari, jadi semuanya amat luar biasa."Selepas tsunami melanda, baru kami sedar haiwan itu sudah menyedari kedatangan bencana itu lebih awal, jadi tiada seekorpun haiwan itu mati," katanya di sini, semalam.Decky bagaimanapun berkata, kebanyakan daripada 25 pegawai hutan yang bertugas ketika itu cedera.Beliau berkata, taman berkenaan yang dibuka lebih 30 tahun lalu oleh Jabatan Perhutanan republik itu turut menempatkan seladang, burung enggang dan lokasi itu sering dikunjungi pelancong terutama hujung minggu.Katanya, selain boleh melihat haiwan bebas bergerak, pelancong juga boleh melihat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ melalui denai disediakan.

No comments: