Thursday, February 17, 2005

EXTRA BZ!

Dah masuk 3 hari kerja di syarikat tu...

1st impression adalah perasaan susah hati dan gemuruh je.Tiap-tiap pagi mesti rasa sebak dan macam nak menangis dulu..

KENAPA PULAK NAK NANGIS BILA DAPAT KERJA??

Eh suka hati aku lah...sebenarnya sejak dari hari tu aku risau syarikat tu akan letak high expectation pada aku memandangkan aku lah 1st candidate yang dapat kerja di bahagian tu.Kemahiran tak lah ada sangat,pengetahuan pon masih tahap cetek lagi.Masa kena temuduga pon terasa macam nak sorok muka dalam baju.

DAH TAHU CETEK TAK NAK CARI ILMU...

Yelah,dah menyesal...Sekarang tengah cuba asah balik ilmu kat otak yang berkarat di makan masa..Dah mula buka buku yang aku rasa elok lagi,macam yang dijual kat kedai buku tu.Aku rasa aku tahu aku specialize dan 'agak' berkemahiran dalam satu-satu bidang,bos pon faham aku ni freshie lagi dalam bekerja.Aku seboleh-bolehnya la nak bagi good impression pada bos,seperti datang tatkala awal pagi (susahnya!!) dan balik pula tatkala matahari hendak melabuhkan diri di ufuk barat (adoi ngantuk).Baru eh terasa macam mana susahnya mak ayah cari duit.Nak masak untuk keluarga lagi,basuh kain,jaga anak...(husna kata: tu la kelebihannya jadi surirumah...dok rumah je hehe).

waaarrrrggghhh...dah tak larat nak tulis..esok-esok lak...


No comments: